Perisian My Ilmu terdiri dari beberapa pakej perisian yang amat bermanfaat dan amat sesuai digunakan seisi keluarga dan yang penting harganya amat berpatutan dengan apa yang disediakan di dalamnya dan jika diamati dengan teliti dan diambil kira secara terperinci ianya amat menguntungkan pengguna dari segi masa dan kos.
OBJEKTIF
KANDUNGAN PERISIANOBJEKTIF
- Membantu guru-guru, ibubapa dan pelajar dari pelbagai latarbelakang untuk menambahbaikkan sistem pembelajaran di sekolah atau di rumah walaupun berada di luar kawasan talian berjalur lebar.
- Melalui pemantauan yang sistematik, para pelajar mampu cemerlang dalam setiap peperiksaan di samping mahir menggunakan komputer selaras dengan arus pemodenan masa kini.
- Penerapan nilai-nilai islam yang diambil oleh My Ilmu dapat mewujudkan para pelajar yang berjaya di dunia maupun diakhirat.
- Melahirkan anak-anak bangsa Malaysia yang cemerlang, kreatif, berwibawa dan berdaya maju.
- Mewujudkan sistem pendidikan yang unik dan BUKAN sebagai tempat menjana pendapatan secara Multi Level Management. (MLM).
- Menjalinkan perhubungan yang erat dalam institusi kekeluargaan.
- Sistem Tadika, UPSR, PMR DAN SPM secara off line
- Al-Quran 30 Juzuk Bacaan 12 Qari
- My Nota
- My Video & Audio
- Himpunan Doa & Amalan Harian
- e-Dictionary 3 Bahasa Arab-Melayu-Inggeris / Kamus Jawi
- My Web
- Himpunan Nama-nama Islam
My Ilmu telah dicipta bagi menyediakan pelajar kepada suatu kaedah pembelajaran ke arah kesempurnaan untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Perisian ini merangkumi pakej pembelajaran dari;
- Pra-sekolah,
- Tahun Satu hingga ke Tahun Enam
- Peringkat sekolah rendah (UPSR)
- Tingkatan 1 hingga 3 untuk PMR
- Tingkatan 4 dan 5 untuk SPM
Bagi setiap pembelian perisian My Ilmu, pengguna akan diberikan secara percuma Al-Quran 30 Juzuk. Perisian yang menghimpunkan 12 qari dan setiap qari akan membaca 30 juzuk lengkap dan disertakan terjemahan makna Melayu dan disumberkan dari Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.php
HIMPUNAN NAMA-NAMA ISLAM
Perisian ini mempunyai database melebihi 3 ribu nama yang dimuatkan dalam bentuk tulisan arab dan rumi beserta makna. Ianya satu injin pencarian nama yang boleh mencari dalam 2 cara iaitu melalui tulisan arab ataupun tulisan rumi. Ianya juga boleh disenarai dalam kategori jantina.
KAMUS 3 BAHASA, ARAB, MELAYU DAN INGGERIS / KAMUS JAWI
Kamus 3 bahasa ini mempunyai teks berbaris penuh di dalam bahasa arabnya. dan mempunyai database melebihi 60 ribu perkataan. Terdapat juga kamus jawi mengikut ejaan dewan bahasa semasa.
HIMPUNAN DOA DAN AMALAN HARIAN
Satu gabungan Himpunan doa dalam pelbagai kategori yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan insan yang bersyukur kepada Tuhan dan melahirkan anak-anak yang Soleh dan Solehah di kalangan ibu bapa yang sentiasa berdoa untuk keluarga dan anak-anak beserta tip-tip berguna. Maklumat pangkalan datanya boleh ditambah sendiri.
MY NOTA
My Nota adalah satu perisian yang dapat memuatkan isi kandungan segala bentuk nota terutamanya nota pengajian atau kuliah atau bahan-bahan yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah atau coordinator kursus secara 'soft copy'. Perisian ini memudahkan pelajar atau pensyarah untuk mengemaskinikan nota-nota secara teratur serta mengaksesnya dengan lebih mudah.
MY VIDEO DAN MY AUDIO
Perisian My Video dan My Audio diwujukan untuk membolehkan segala bentuk video ataupun audio yang terdapat di dalam internet ataupun dalam pelabagai format video dan audio dirakam dan disimpan di dalam perisian ini. Ianya memudahkan pengguna untuk menyimpan segala bahan tersebut dengan lebih teratur. Bahan audio atau video ini boleh dimuat dalam pelbagai bentuk seperti .mp3, mp4, flv, wav, avi. Kelebihan My Audio ialah kita dapat menyimpan segala bentuk audio yang berformat di atas seperti ceramah pengajian kulliyyah ataupun ceramah agama dan di bawahnya disediakan ruang catatan nota. Ianya amat berguna terutama kepada pelajar kerana ianya boleh diulang-ulang dengar dan dicatat nota.
PENAMBAHAN MAKLUMAT
Penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa dan akan dimaklum melalui laman web my ilmu ataupun sms dan sebagainya. HARGA RM298.00 PER LESEN
No comments:
Post a Comment