Thursday 4 August 2011

PENGENALAN


Perisian e-alQamus Raudah adalah kamus Arab tiga Bahasa yang mengandungi Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Perisian e-alQamus Raudah telah diterbitkan berasaskan teknologi perkamusan terkini. Ciri-cirinya yang unik membolehkan setiap carian dilakukan dengan pantas dan mudah. Perisian e-alQamus Raudah merupakan perisian perkamusan Arab yang sangat istimewa berbanding dengan kamus lain di pasaran. Ini kerana ia telah diperkemas dengan teknik mudah dan berkesan khusus bagi setiap murid dan pencinta Bahasa Arab.

Keutamaan dan kelebihan kamus ini, ia melengkapi cara penggunaan dengan dimulakan dengan kata dasar, pecahan dari kata asal dan istilah dan ayat yang diguna pakai pada masa kini.

Kamus ini mampu menterjemahkan perkataan dari Bahasa Arab kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan jelas dan mudah difahami melalui istilah, ibarat dan kepelbagaian perkataan hinggakan pengguna pasti berasa yakin untuk menggunakan kamus ini. Kepelbagaian cara penggunaan dan carian yang amat mudah,  pengguna akan mendapat faedah yang paling berkesan untuk mengetahui kedua-dua Bahasa.

Penghasilan kamus ini dirujuk dari kamus-kamus asas, maurid, dan buku-buku Bahasa Arab yang mengikut sukatan sekolah pada masa kini. Kamus ini juga mengandungi istilah dan perkataan kontemporari yang ditekankan yang diguna pakai dalam perbualan harian.

Semoga terhasilnya kamus ini dapat memberikan petunjuk dan pemahaman bagi pengguna yang ingin mengetahui ketiga-tiga Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ) dan mendapat keseronokan ketika proses pembelajaran tidak kira apa jua bidang mata pelajaran.


SPESIFIKASI MINIMUM

·         CPU 500 MHz dan ke atas
·         Hard Disk 200 MB
·         RAM 128 MB Memory
·         VGA Card 16 Bit dan Resolusi 800 x 600
·         Window ME, 2000, XP, VISTA dan Window 7

BIL.
PERKARA
MUKA SURAT



1.    
Kandungan
1
2.    
Pengenalan
2
3.    
Spesifikasi Minimum

4.    
Cara Pengiktifan

5.    
Pendaftaran

6.    
Simbol
3
7.    
Cara Penggunaan
4
8.    
Kotak Carian
5
9.    
Butang Carian
6
10. 
Butang Papan Kekunci

11. 
Butang Bantuan

12. 
Butang Maklumat

13. 
Tab Kamus Utama

14. 
Tab Kata Nama
7
15. 
Tab Kata Kerja
8
16. 
Tab Perkataan Berlawan

17. 
Tab Mufrad dan Jamak

18. 
Tab Topik Pilihan
9
19. 
Tab Kamus Tambahan

20. 
Tab Nama-nama Pilihan
10
21. 
Kotak Keterangan

22. 
Kotak Hasil Carian
11
23. 
Butang Keterangan Pelbagai

24. 
Butang Gambar
12
25. 
Skrol Carian

26. 
Status Carian

27. 
Fungsi Tambahan
13
28. 
Bibliografi
14-17



No comments:

Post a Comment